Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong

25 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) melancarkan kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong. Tujuan kempen ini dilancarkan adalah untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat.

Mesej utama perlaksanaan kempen ini adalah:
1. Jangan kongsi pembohongan.
2. Mempromosikan portal sebenarnya.my
3. Mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima.
Tema/Slogan Kempen
"Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong"
“Freedom of Speech but not freedom to lie”

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali